Selamat Datang Kepada Bakal Usahawan

Perniagaan merupakan sumber rezeki utama.







Islam is a way of life that encourages entrepreneurship and ninety percent of an individual's income comes from business activities.




Thursday, March 10, 2011

Memulakan Perniagaan

Ilmu pentadbiran dan pengurusan, kewangan, pemasaran dan pengoperasian adalah penting untuk memulakan sesuatu perniagaan.

Pentadbiran dan pengurusan meliputi mengurus, mentadbir, mengorganisasi, memotivasi membimbing dan mengawal selia urusan dan pekerja organisasi.

Kewangan pula meliputi penyediaan modal,membuat belian, mengawal belanja dan menentukan pendapatan dapat menentukan hala tuju organisasi iaitu untung rugi, perbelanjaan dan peruntukkan dalam perniagaan.

Permasaran lebih kepada tertumpu produk iaitu barangan, penetapan harga, promosi dan iklan dan tempat dan cara untuk berniaga. Pelanggan dan pembekal juga banyak mempengaruhi perniagaan dan termasuk juga kerajaan tempatan dan peraturan penguatkuasaannya.

Bagaimana operasi sesebuah organisasi tersebut dilaksanakan dengan kepandaian ilmu pengetahuan dan pengalaman dapat menjamin kejayaannya.

Sifat-sifat keusahawanan dan ciri-cirinya adalah penentu kepada perjalanan dan kejayaan sesebuah organisasi tersebut untuk memulakan dan bersaing dalam sebarang bentuk perniagaan.

Tuesday, March 1, 2011

Pilih dan rebut peluang

Dalam membina perniagaan, kita hendaklah bijak dan cepat merebut peluang. Ada peluang yang hanya datang sekali tetapi ada juga peluang yang sangat tidak sesuai dengan diri kita.

Untuk menilai peluang kita mestilah mempunyai kebolehan menilai melalui ilmu, pengalaman dan pengetahuan. Mungkin kita boleh merujuk kepada orang lain tetapi itu adalah pendangan bagi pihak mereka dan kita yang akan melalui dan mengharunginya nanti.

Jika peluang itu tidak sesuai dan mempunyai risiko yang tinggi dan kita sendiri tidak mempunyai kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mengenainya maka eloklah dihindarinya.

Jangan kita cuba kepada perkara yang kita tidak tahu atau tidak mahir kerana itu akan menyebabkan kita akan menghadapi masalah yang besar kemudian hari.

Melabur kepada perniagaan sendiri berbeza dengan kita melabur atas keupayaan orang lain. Risikonya amat berbeza kerana jika kita melabur dalam perniagaan sendiri kita akan kehilangan keseluruhannya jika kita gagal.

Tuesday, January 25, 2011

Membina Perniagaan Runcit

Membina sebuah perniagaan perlulah mempunyai pengetahuan mengenainya. Kita seharusnya tahu apa yang kita kehendaki dan seboleh-bolehnya mempunyai pengetahuan mengenainya. Perniagaan adalah sebuah organisasi yang melibatkan beberapa pihak antaranya pemilik perniagaan tersebut, pekerjanya, pembekal barangan dan pembelinya.

Mempunyai sebuah perniagaan bukannya main-main. Seharusnya ia mempunyai matlamat untuk mendapatkan keuntungan daripadanya kerana akibatnya adalah kerugian.

Perancangan yang baik dapat menempatkan perniagaan tersebut dalam persaingan. Barangan yang hendak diniagakan juga perlulah bersesuaian dengan permintaan dan mempunyai target penggunanya sendiri. harga yang ditawarkan perlulah mengikut harga pasaran dan memberi keuntungan kepada peniaga. Tempat untuk berniaga juga perlulah sesuai dengan perniagaan yang dilaksanakan. Barangan dan perniagaan tersebut juga perlulah di maklumkan kepada sasaran pelanggan dengan harga yang bersesuaian.

Pemilik perniagaan juga perlu mempunyai kemahiran dan bermotivasi untuk menguruskan perniagaan tersebut. Ilmu pengurusan seperti mengurus, memimpin, mengetuai, memotivasi dan mendorong pekerja juga diperlukan apabila perniagaan tersebut sedang berkembang.

Setiap perniagaan itu perlulah dimulakan dan teratur dan baik jika tidak perniagaan tersebut akan menyusahkan pemiliknya.

Saturday, January 8, 2011

Meninjau peluang di tempat kita lawati

Jauh perjalanan luas pengalaman. Apabila kita melawat tempat orang maka kita akan dapat melihat lebih jauh lagi sesuatu perkara itu. Lain padang lain belalangnya.

Perbedaan kawasan akan menyebabkan aktivitinya juga berlainan. Perkara yang remeh di tempat kita akan menjadi penting di tempat orang dan begitu juga dengan barangan yang tidak berharga di tempat kita akan menjadi lebih berharga di tempat orang.

Permintaan yang berbeda-beda ini juga akan menyebabkan kita membuka minda kita untuk melakukan sesuatu perniagaan. Perniagaan bergantung kepada permintaan. Kita harus tahu siapa yang lebih memerlukan barangan tersebut dan keupayaan mereka untuk membayar harga barangan tersebut.

Sempadan juga bukan lagi menjadi penghalang kepada sesuatu perniagaan.

Thursday, December 30, 2010

Menggunakan Internet untuk menjual

Banyak cara boleh diusahakan untuk berniaga. Perniagaan yang paling popular dan digemari sekarang adalah melalui internet.

Walaupun segment marketnya terhad tetapi ia mempunyai permintaan yang semakin meningkat.

Disebabkan cita rasa kita adalah berbeza maka tidak hairanlah jika apa yang kita tidak suka akan menjadi kesukaan orang lain. Penilaian seseorang itu bergantung kepada bagaimana mereka melihat dan menghargai sesuatu. Ia juga bergantung kepada masa dan kemajuan yang sedang dicapai oleh mereka.

Oleh itu, mahirkanlah diri dengan siutasi tersebut semoga kita akan beroleh faedah daripadanya.

Tuesday, December 7, 2010

Broker yang berjaya

Membuat kerja sebagai orang tengah atau orang perantaraan mungkin sangat popular bagi mereka yang suka bersosial dan mempunyai skill berkomunikasi yang baik. Mereka mungkin dikenali sebagai ejen atau runner dalam organisasi.

Pendapatan mereka banyak bergantung kepada cara mereka bekerja dan barangan yang mereka urusniagakan. Kebiasaan mereka akan mendapat komisen daripada urusniaga tersebut sebagai pendapatan mereka.

Kebiasaannya mereka sangat pakar dalam urusniaga yang dijalankan dan boleh menjadi penasihat kepada kedua-dua belah pihak semasa beurusniaga. Penjual atau peniaga dan pembeli atau pelanggan akan menyerahkan segala urusan perniagaan dan pemilikan tersebut kepada mereka untuk di selesaikan dan bayaran tertentu.

Untuk menjadi mahir dan berkebolehan dalan sesuatu urusniaga tertentu, mereka perlulah mempunyai ilmu terhadap barangan yang diurusniagakan serta bijak mempengaruhi penjual dan pembeli. Sikap dan tanggungjawab yang di tonjolkan akan mempengaruhi setiap urusniaga yang di buat. Personal skill serta komunikasi adalah keutamaan dalam membentuk diri menjadi perantara yang berjaya.

Monday, August 30, 2010

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil.

Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya. Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.
2. Tiada Pelan Pemasaran Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.
3. Tidak mengenali pelanggan anda Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.
4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.
5. Tidak peduli tentang kakitangan Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!
6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.
7. Tiada pelan penjualan. Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.
8. Penyendiri Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.
9. Tiada ‘Mastermind’ Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor!
Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.
Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka.
Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.
10. Berputus Asa Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan.

Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.
http://usahawanbumiputera.com/