Untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman kita perlu mendidik diri sendiri. Mungkin ramai orang yang terlepas pandang dengan kebolehan diri sendiri.
Sebenarnya kita boleh mengajar dan mendidik diri sendiri. Kita berkebolehan untuk mempertingkatkan diri dengan kaedah memperbaiki diri. Sebenarnya kitalah yang paling mengenali diri kita sendiri. Orang hanya boleh memerhatikan luaran kita sahaja dan membuat andaian yang berbagai mengenai diri kita tetapi kebanyakkan andaian tersebut tidak benar atau tidak tepat.
Apa kelemahan dan kekuatan kita sebenarnya perlulah diperincikan sehingga kepada kelakuan dan tabiat diri kita sendiri. Kelakuan dan tabiat sangat mempengaruhi tindakan dan pemikiran kita dalam menghadapi kehidupan harian kita.
Kita boleh mengubah diri dengan menanamkan semangkat dan azam yang kuat untuk berubah. Kita juga boleh menjanjikan kepada diri sendiri mengenai sesuatu perkara. dan kita juga boleh rasa kecewa serta mengubati diri kita semula.
Fahamilah diri kita sendiri serta binalah kekuatan dalaman yang boleh membentuk sasiah diri kita yang lebih baik dan berani menghadapi sebarang cabaran.
Pengajaran Banjir
15 years ago