Selamat Datang Kepada Bakal Usahawan

Perniagaan merupakan sumber rezeki utama.







Islam is a way of life that encourages entrepreneurship and ninety percent of an individual's income comes from business activities.




Tuesday, January 25, 2011

Membina Perniagaan Runcit

Membina sebuah perniagaan perlulah mempunyai pengetahuan mengenainya. Kita seharusnya tahu apa yang kita kehendaki dan seboleh-bolehnya mempunyai pengetahuan mengenainya. Perniagaan adalah sebuah organisasi yang melibatkan beberapa pihak antaranya pemilik perniagaan tersebut, pekerjanya, pembekal barangan dan pembelinya.

Mempunyai sebuah perniagaan bukannya main-main. Seharusnya ia mempunyai matlamat untuk mendapatkan keuntungan daripadanya kerana akibatnya adalah kerugian.

Perancangan yang baik dapat menempatkan perniagaan tersebut dalam persaingan. Barangan yang hendak diniagakan juga perlulah bersesuaian dengan permintaan dan mempunyai target penggunanya sendiri. harga yang ditawarkan perlulah mengikut harga pasaran dan memberi keuntungan kepada peniaga. Tempat untuk berniaga juga perlulah sesuai dengan perniagaan yang dilaksanakan. Barangan dan perniagaan tersebut juga perlulah di maklumkan kepada sasaran pelanggan dengan harga yang bersesuaian.

Pemilik perniagaan juga perlu mempunyai kemahiran dan bermotivasi untuk menguruskan perniagaan tersebut. Ilmu pengurusan seperti mengurus, memimpin, mengetuai, memotivasi dan mendorong pekerja juga diperlukan apabila perniagaan tersebut sedang berkembang.

Setiap perniagaan itu perlulah dimulakan dan teratur dan baik jika tidak perniagaan tersebut akan menyusahkan pemiliknya.

Saturday, January 8, 2011

Meninjau peluang di tempat kita lawati

Jauh perjalanan luas pengalaman. Apabila kita melawat tempat orang maka kita akan dapat melihat lebih jauh lagi sesuatu perkara itu. Lain padang lain belalangnya.

Perbedaan kawasan akan menyebabkan aktivitinya juga berlainan. Perkara yang remeh di tempat kita akan menjadi penting di tempat orang dan begitu juga dengan barangan yang tidak berharga di tempat kita akan menjadi lebih berharga di tempat orang.

Permintaan yang berbeda-beda ini juga akan menyebabkan kita membuka minda kita untuk melakukan sesuatu perniagaan. Perniagaan bergantung kepada permintaan. Kita harus tahu siapa yang lebih memerlukan barangan tersebut dan keupayaan mereka untuk membayar harga barangan tersebut.

Sempadan juga bukan lagi menjadi penghalang kepada sesuatu perniagaan.