Selamat Datang Kepada Bakal Usahawan

Perniagaan merupakan sumber rezeki utama.







Islam is a way of life that encourages entrepreneurship and ninety percent of an individual's income comes from business activities.




Thursday, March 10, 2011

Memulakan Perniagaan

Ilmu pentadbiran dan pengurusan, kewangan, pemasaran dan pengoperasian adalah penting untuk memulakan sesuatu perniagaan.

Pentadbiran dan pengurusan meliputi mengurus, mentadbir, mengorganisasi, memotivasi membimbing dan mengawal selia urusan dan pekerja organisasi.

Kewangan pula meliputi penyediaan modal,membuat belian, mengawal belanja dan menentukan pendapatan dapat menentukan hala tuju organisasi iaitu untung rugi, perbelanjaan dan peruntukkan dalam perniagaan.

Permasaran lebih kepada tertumpu produk iaitu barangan, penetapan harga, promosi dan iklan dan tempat dan cara untuk berniaga. Pelanggan dan pembekal juga banyak mempengaruhi perniagaan dan termasuk juga kerajaan tempatan dan peraturan penguatkuasaannya.

Bagaimana operasi sesebuah organisasi tersebut dilaksanakan dengan kepandaian ilmu pengetahuan dan pengalaman dapat menjamin kejayaannya.

Sifat-sifat keusahawanan dan ciri-cirinya adalah penentu kepada perjalanan dan kejayaan sesebuah organisasi tersebut untuk memulakan dan bersaing dalam sebarang bentuk perniagaan.

Tuesday, March 1, 2011

Pilih dan rebut peluang

Dalam membina perniagaan, kita hendaklah bijak dan cepat merebut peluang. Ada peluang yang hanya datang sekali tetapi ada juga peluang yang sangat tidak sesuai dengan diri kita.

Untuk menilai peluang kita mestilah mempunyai kebolehan menilai melalui ilmu, pengalaman dan pengetahuan. Mungkin kita boleh merujuk kepada orang lain tetapi itu adalah pendangan bagi pihak mereka dan kita yang akan melalui dan mengharunginya nanti.

Jika peluang itu tidak sesuai dan mempunyai risiko yang tinggi dan kita sendiri tidak mempunyai kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mengenainya maka eloklah dihindarinya.

Jangan kita cuba kepada perkara yang kita tidak tahu atau tidak mahir kerana itu akan menyebabkan kita akan menghadapi masalah yang besar kemudian hari.

Melabur kepada perniagaan sendiri berbeza dengan kita melabur atas keupayaan orang lain. Risikonya amat berbeza kerana jika kita melabur dalam perniagaan sendiri kita akan kehilangan keseluruhannya jika kita gagal.

Tuesday, January 25, 2011

Membina Perniagaan Runcit

Membina sebuah perniagaan perlulah mempunyai pengetahuan mengenainya. Kita seharusnya tahu apa yang kita kehendaki dan seboleh-bolehnya mempunyai pengetahuan mengenainya. Perniagaan adalah sebuah organisasi yang melibatkan beberapa pihak antaranya pemilik perniagaan tersebut, pekerjanya, pembekal barangan dan pembelinya.

Mempunyai sebuah perniagaan bukannya main-main. Seharusnya ia mempunyai matlamat untuk mendapatkan keuntungan daripadanya kerana akibatnya adalah kerugian.

Perancangan yang baik dapat menempatkan perniagaan tersebut dalam persaingan. Barangan yang hendak diniagakan juga perlulah bersesuaian dengan permintaan dan mempunyai target penggunanya sendiri. harga yang ditawarkan perlulah mengikut harga pasaran dan memberi keuntungan kepada peniaga. Tempat untuk berniaga juga perlulah sesuai dengan perniagaan yang dilaksanakan. Barangan dan perniagaan tersebut juga perlulah di maklumkan kepada sasaran pelanggan dengan harga yang bersesuaian.

Pemilik perniagaan juga perlu mempunyai kemahiran dan bermotivasi untuk menguruskan perniagaan tersebut. Ilmu pengurusan seperti mengurus, memimpin, mengetuai, memotivasi dan mendorong pekerja juga diperlukan apabila perniagaan tersebut sedang berkembang.

Setiap perniagaan itu perlulah dimulakan dan teratur dan baik jika tidak perniagaan tersebut akan menyusahkan pemiliknya.

Saturday, January 8, 2011

Meninjau peluang di tempat kita lawati

Jauh perjalanan luas pengalaman. Apabila kita melawat tempat orang maka kita akan dapat melihat lebih jauh lagi sesuatu perkara itu. Lain padang lain belalangnya.

Perbedaan kawasan akan menyebabkan aktivitinya juga berlainan. Perkara yang remeh di tempat kita akan menjadi penting di tempat orang dan begitu juga dengan barangan yang tidak berharga di tempat kita akan menjadi lebih berharga di tempat orang.

Permintaan yang berbeda-beda ini juga akan menyebabkan kita membuka minda kita untuk melakukan sesuatu perniagaan. Perniagaan bergantung kepada permintaan. Kita harus tahu siapa yang lebih memerlukan barangan tersebut dan keupayaan mereka untuk membayar harga barangan tersebut.

Sempadan juga bukan lagi menjadi penghalang kepada sesuatu perniagaan.