Selamat Datang Kepada Bakal Usahawan

Perniagaan merupakan sumber rezeki utama.







Islam is a way of life that encourages entrepreneurship and ninety percent of an individual's income comes from business activities.




Wednesday, June 2, 2010

Tips perniagaan semasa.

Sabar dan terus berusaha dengan perancangan yang baik dan matlamat yang jelas akan memastikan kita berada di landasan yang betul.

Kawal diri dan perniagaan yang diusahakan sebelum ianya tidak boleh dikawal.

Bersikap telus, amanah dan bertanggungjawab terhadap usaha dan perniagaan yang dilaksanakan akan memudahkan kita menyelesaikan banyak kekusutan dan kesukaran berniaga di samping dapat mengelakkan dari menimbulkan masalah baru.

Rebutlah peluang tetapi pilihlah yang terbaik dan sesuai dengan keupayaan dan kebolehan kita sebelum ianya menjadi ancaman dan barah kepada perniagaan yang kita usahakan.

Jangan terlalu gopoh dengan keputusan serta sombong dengan keupayaan dan kebolehan yang akan kerana setiap perkara akan mengalami pusingan dan naik turunnya dalam tempoh tertentu.

Bantulah dan sokonglah perniagaan dan usahawan lain kerana setiap orang itu mempunyai peluang dan rezeki mereka sendiri dan jangan bersikap terlalu mengawal atau monopoli terhadap sesuatu perkara.

Kawallah perbelanjaan mengikut keperluan dan elakkan dari bermewah-mewah dan membazir kerana setiap kebocoran itu jika tidak diperbaiki akan menjadi semakin besar dan parah.

Ambil tahulah dan jagailah hak pekerja dan orang yang berkaitan dengan perniagaan dan organisasi yang kita dipertanggungjawabkan. Jangan sesekali menyalah guna kuasa yang kita ada keran kuasa itu jugalah yang akan memakan diri kita kemudian nanti.

Pemerhatian dan pengalaman penulis selama berkecimpung dalam dunia organisasi yang berlandaskan perniagaan.

Berniaga di pasaran tepu

Jika terlalu banyak penawaran dan kurang permintaan maka ekonomi akan mengalami kemelesetan disebabkan pasaran yang menjadi semakin tepu.

Ini disebabkan kurangnya keupayaan membeli oleh pelanggan atau penawaran yang keterlaluan masuk ke dalam pasaran atau barangan tersebut sudah kurang menarik minat pembeli.

Banyak faktor lain juga perlu diperhalusi semasa membuat analisa pasaran terhadap barangan yang sedang berada di pasaran. Keupayaan pusingan perniagaan dalam pasaran juga merupakan faktor yang penting dan perlu dipertimbangkan sewajarnya. Jika kurang wang berada dalam pasaran maka ia akan mempengaruhi keupayaan membeli atau permintaan terhadap barangan yang ditawarkan.

Teknologi juga sentiasa mempengaruhi mutu barangan serta kos pembuatan barangan tersebut. Jika mutu dan kosnya semakin meningkat maka akan mempengaruhi kenaikkan harga barangan tersebut tetapi jika mutunya meningkat dan kosnya dapat diturunkan maka 'economy of scale' barangan tersebut lebih mudah diterima pelanggan.

Oleh itu kajilah pasaran yang ada sebelum memulakan perniagaan baru kerana mungkin kita akan menambah kesesakkan dalam pasaran dan akhirnya menyebabkan kita sukar untuk mendapat pulangan terhadap pelaburan yang di buat.

Pilih perniagaan yang mempunyai potensi pasaran yang berjangka panjang dengan pelaburan yang tidak terlalu tingga serta mempunyai risiko kerugian dan kegagalan yang kurang.