Selamat Datang Kepada Bakal Usahawan

Perniagaan merupakan sumber rezeki utama.







Islam is a way of life that encourages entrepreneurship and ninety percent of an individual's income comes from business activities.




Sunday, February 28, 2010

Membuka kedai/pasar mini

Untuk memulakan sesuatu perniagaan kita hendaklah membuat perancangan dari segi apa yang hendak diniagakan, bagaimana untuk memulakan, dimana, siapa yang akan menguruskannya dan siapa pelanggannya. Perkara tersebut adalah peringkat idea dan kita hendaklah menghubungkannya dengan untung ruginya atau baik buruknya perniagaan tersebut. 4P's boleh dijadikan asas iaitu apa produknya, macamana harganya, bagaimana penerimaan pelanggan dan dimana tempatnya. Pelanggan adalah keutamaan dalam perniagaan dan pembekal pula adakah penyokong kepada kita kerana jika kita berjaya maka mereka juga akan berjaya.

Secara asasnya jika kita mempunyai keupayaan dari segi modal, tenaga kerja, tempat niaga dan pelanggan maka kita sudah melepasi tahap idea. Kita sudah boleh menyediakan tempat dan merancang bagaimana operasi atau aktiviti perniagaan kita. Tuan punya perniagaan memainkan perana utama bagaimana membentuk dan mencorakkan perniagaan tersebut. Neliau bertanggungjawab menyediakan bentuk kedai, mengambil pekerja dan menyediakan sistem adan aturan yang akan dilaksanakan di situ.

Sebagai contoh, jenis perniagaan adalah penting untuk disesuaikan dengan sesuatu tempat kerana seperti taman perumahan kedai runcit yang bersifat pasar mini sangatlah sesuai. Aktiviti di kawasan perumahan kos rendah adalah kekeluargaan iaitu para surirumah akan membeli sendiri apa keperluan dapur mereka sebelum memasaknya. Jika semua keperluan tersebut dapat diadakan oleh sesebuah kedai dengan kualiti dan harga yang sesuai maka disitulah mereka akan membeli. Perkhidmatannya juga hendaklah berlandaskan kepada permintaan surirumah tersebut. Disamping itu jualan dalam kuantiti banyak juga bolehlah diatur untuk mendapatkan tambahan jualan seperti untuk kenduri dan majlis. Mungkin harganya boleh didiskaunkan atau penghantaran disediakan.

Dalam perniagaan setiap perkara itu hendaklah dikira tetapi pihak pengurus pula perlulah bijak untuk mengatur perkhidmatan tersebut samada ia berbentuk promosi atau jualan biasa.

Friday, February 26, 2010

Lesukah usahawan Melayu

Kenapa perlu lesu dalam suasana pemulihan ekonomi yang berlaku sekarang. Setiap masa peluang sentiasa wujud hanya kesempatan yang perlu diambil oleh para usahawan. MECD sememangnya sudah tiada kerana lain padang lain belalangnya. Ada strategi yang kerajaan atur yang masih kelabu di pandangan para usahawan. Tetapi kementerian dan jabatan tertentu masih berfungsi seperti biasa dan apa bezanya. Jika peruntukan tidak cukup atau tidak ada mungkin disebabkan telah dikecilkan atau penghutang terdahulu masih belum membayarnya semula dan dalam kata lain tabung sudah kosong. Salah siapa?

Kebanyakan peruntukan telah dialihkan kepada keperluan lain yang sedang digerakkan yang mungkin sebelumnya tidak difikirkan. Oleh itu jangan berharap sesuatu akan kekal selamanya kerana setiap orang adan kepentingan dan keutamaannya sendiri dalam membuat keputusan. Berfikirlah sebelum bertindak dan bertindaklah setelah difikirkan yang terbaik tetapi keputusannya mungkin bukan untuk kita. Sentiasa ada pilihan dalam kehidupan untuk terus bersaing dalam kehidupan. Kehidupan itu samalah seperti kehidupan perlu berusaha dan kecerdikan untuk terus hidup dan bersaing sehingga memejamkan mata.

Gula - apa sebenarnya

Betulkah gula dinaikkan harga disebabkan untuk mengelakkan rakyat daripada dijangkiti kencing manis. Jika benar begitu, murni sungguh hasrat kerajaan. Dengan 20sen ini dapatkah kencing manis dihapuskan atau dikurangkan. Apa yang pasti ianya tidak memberi kesan kepada rakyat yang berpendapatan kerana mereka masih mampu untuk membelinya. Tetapi kesannya adalah kepada peniaga. Mereka akan mengambil kesempatan untuk menaikan harga jualan masakan mereka secara tidak langsung. Bagaimana kerajaan mampu mengawalnya sedangkan kerajaan hanya memberi alasan dan tidak mempunyai keupayaan untuk mengambil sebarang tindakan. Jika diperhatikan keseluruhannya berkemungkinan harga gula akan terus naik kerana masih terdapat harapan dan mainan dari pihak pengilang, pembekal, penghantaran, pemborong dan peruncit. Kerajaan sepatutnya tidak berpolitik dalam mengawal dan menyelia barangan keperluan asas rakyat. Harga rokok terus naik tapi rakyat terus menghisap rokok termasuklah remaja. Di mana pendirian sebenar kerajaan mengenainya. Tidakkah rokok juga menyebabkan penyakit kepada rakyat malah sama parahnya dengan penyakit lain.

Peniaga perlu fikirkan peluang yang ada dari segi aspek perniagaan dan etikanya juga perlu di ambil kira dengan sebaiknya. Mengambil peluang atau bersekongkol adalah berbeza dan perlu dibezakan.

Friday, February 12, 2010

Siapa usahawan

Usahawan bukan sahaja bergantung kepada nasib tetapi juga seorang yang berusaha melalui tindakan dan fikiran serta merancang untuk mengelakkan kegagalan dan berjaya.

Beliau bukan sahaja dilahirkan sebagai seorang usahawan tetapi boleh ditunjuk ajar menjadi usahawan yang berjaya. Melalui ilmu dan pengetahuan menjadikan mereka lebih berdaya saing serta bijak untuk berjaya dalam persaingan.

Mereka juga boleh berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan. Kejayaan usahawan bergantung kepada keseluruhan faktor yang ada antaranya pengalaman, ilmu pengetahuan, kebijaksanaan, keberanian, sikap, nasib, sokongan, masa, tempat dan pekerjanya. Tetapi ia tidak tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Sumber kewangan, nasib, perancangan, pengalaman dan ilmu pengetahuan memainkan peranan utama mempengaruhi kejayaan usahawan menghadapi risiko untuk mencapai keuntungan.

Usahawan dan keusahawanan

Pengusaha atau usahawan adalah mereka yang bertanggungjawab membina dan melaksanakan sesuatu perniagaan dengan titik peluh dan usaha mereka. Mereka adalah individu yang mengurus, menyelenggara dan menjangkakan risiko dalam perniagaan. Ia juga individu yang mewujudkan perniagaan baru yang berhadapan dengan ketidaktentuan untuk mencapai dan mendapatkan keuntungan dan kemajuan melalui peluang yang wujud dengan sumber yang tersedia. Usahawan juga adalah individu yang menguruskan aktiviti ekonomi disamping menghadapi risiko perniagaan untuk mencapai keuntungan dan kejayaan.

Keusahawanan adalah proses mendapatkan peluang untuk diusahakan dalam keadaan berisiko. Ia juga proses mewujudkan sesuatu yang baru yang lebih bernilai dengan masa dan keupayaan yang ada melalui sumber kewangan dan tenaga untuk melahirkan keuntungan, kepuasan dan mencapai matlamat yang ditetapkan serta kebebasan.

Usahawan perlulah bermotivasi, yakin, bertanggungjawab dan bijak di samping mempunyai sikap yang positif, bermaklumat, sanggup mengambil risiko, mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang kuat dan sentiasa bersedia dan sihat.

Mempunyai ilmu dan pengetahuan dalam undang-undang dan peraturan, pengurusan, ekonomi, akaun, perniagaan, nilai dan budaya termasuk pengurusan projek.

Mereka juga mestilah mempunyai skil membuat keputusan, menyelesaikan masalah, perbincangan, perhubungan, kreatif, kerja dalam kumpulan, pengurusan dan skil teknikal.

Visi dan misi ditetapkan dengan perancangan yang baik dan mempunyai strategi tertentu dalam mencapai kejayaan.

Thursday, February 4, 2010

Merancang memulakan perniagaan

Usahawan perlu merancang untuk berniaga. Ini dapat mengelakkan kesilapan memilih peluang serta dapat menyusun strategi yang betul dan sesuai. Ramai usahawan memulakan perniagaan secara tergesa-gesa tanpa ada perancangan perniagaan. Usahawan perlu tahu ilmu pengurusan perniagaan dalam pelbagai bidang seperti pengurusan, pemasaran dan perakaunan. Di samping itu usahawan juga perlu menyediakan 'business plan' dan 'marketing plan'.

'Business Plan' dapat digunakan untuk rujukan semasa pembentangan dan panduan bagaimana operasi perniagaan tersebut dilaksanakan serta menyakinkan mereka yang berminat terhadap perniagaan tersebut.

'Marketing Plan' sangat penting untuk menterjemahkan 'product, price, promotion dan location' sebagaimana dilaksanakan serta mengenalpasti bentuk perniagaan, pelanggan, pesaing serta pembekal dan perundangan yang bersangkutan.

IT, inovasi dan kreativiti dapat membentuk serta menyesuaikan barangan berpandukan kepada permintaan pasaran atau menarik minat pasaran dan bersaing.

Tuesday, February 2, 2010

Cipta peluang perniagaan

Mencipta peluang perniagaan daripada peluang yang kita ada. Mungkin ia sesuatu yang pelik. Tetapi perniagaan secara 'franchise' lebih menguntungkan daripada kita mengusahakan kesemua perniagaan tersebut.

Jika memberi peluang kepada orang lain menggunakan jenama kita dengan syarat-syarat tertentu maka perniagaan kita cepat berkembang dan kita akan mendapat keuntungan segera dan berterusan. Kita hanya perlu menyediakan keperluan dan promosi untuk membantu peniaga tersebut dengan bayaran 'package' tertentu. Peniaga tersebut akan mengusahakan sendiri perniagaan mereka dengan sokongan kita. Kita akan memastikan mereka berjaya kerana nama baik jenama kita serta keuntungan berterusan yang boleh dijana. Kedua-dua belah pihak akan mendapat faedah dan kebaikkan dari perniagaan tersebut.

Selain itu, kita boleh merebut peluang untuk membuka perniagaan seperti 'bazaar' atau 'food centre'. Kemudian kita menyewakan sebahagian dari lot tersebut kepada peniaga lain. Atau kita membangunkan satu kawasan dengan mewujudkan kerjasama serta peluang perniagaan kepada pengusaha lain dan kita mendapatkan keuntungan daripadanya secara berterusan.

Monday, February 1, 2010

Memulakan perniagaan tanpa modal

Memulakan perniagaan tanpa modal bukannya sesuatu yang mustahil malah satu langkah yang amat bijak. Kenapa kita perlu berhutang sebelum memulakan perniagaan atau sebelum mendapat pulangan perniagaan.

Tiga cadangan memulakan perniagaan tanpa pinjaman bank.

a) Memulakan perniagaan dari rumah.
Ia dapat menjimatkan dan mengurangkan sewaan pejabat, bayaran deposit untuk bekalan letrik, bekalan air, sambungan telepon dan kemudahan internet, tiada penggunaan minyak untuk ke pejabat dan tidak perlu pengubahsuian dan kelengkapan pejabat.
Bekerja di rumah memerlukan disiplin dan kekuatan serta kesungguhan untuk berusaha mencari dan mendapatkan peluang.

b) Memilih peluang perniagaan yang tidak memerlukan wang sebagai modal.
Perlu kepada kajian dan pemerhatian terhadap pasaran dan kesesuaian.

c) Mendapatkan dari sumber dan peruntukkan yang disediakan seperti pembekal, kerajaan dan mengelakkan menyimpan stok. Jual dan menyediakan barangan yang pelanggan gunakan atau membuat pesanan melalui pesanan pelanggan.

Mengurangkan atau menghapuskan cost operasi dapat meningkatkan pendapatan pada peringkat permulaan perniagaan.