Selamat Datang Kepada Bakal Usahawan

Perniagaan merupakan sumber rezeki utama.







Islam is a way of life that encourages entrepreneurship and ninety percent of an individual's income comes from business activities.




Thursday, December 30, 2010

Menggunakan Internet untuk menjual

Banyak cara boleh diusahakan untuk berniaga. Perniagaan yang paling popular dan digemari sekarang adalah melalui internet.

Walaupun segment marketnya terhad tetapi ia mempunyai permintaan yang semakin meningkat.

Disebabkan cita rasa kita adalah berbeza maka tidak hairanlah jika apa yang kita tidak suka akan menjadi kesukaan orang lain. Penilaian seseorang itu bergantung kepada bagaimana mereka melihat dan menghargai sesuatu. Ia juga bergantung kepada masa dan kemajuan yang sedang dicapai oleh mereka.

Oleh itu, mahirkanlah diri dengan siutasi tersebut semoga kita akan beroleh faedah daripadanya.

Tuesday, December 7, 2010

Broker yang berjaya

Membuat kerja sebagai orang tengah atau orang perantaraan mungkin sangat popular bagi mereka yang suka bersosial dan mempunyai skill berkomunikasi yang baik. Mereka mungkin dikenali sebagai ejen atau runner dalam organisasi.

Pendapatan mereka banyak bergantung kepada cara mereka bekerja dan barangan yang mereka urusniagakan. Kebiasaan mereka akan mendapat komisen daripada urusniaga tersebut sebagai pendapatan mereka.

Kebiasaannya mereka sangat pakar dalam urusniaga yang dijalankan dan boleh menjadi penasihat kepada kedua-dua belah pihak semasa beurusniaga. Penjual atau peniaga dan pembeli atau pelanggan akan menyerahkan segala urusan perniagaan dan pemilikan tersebut kepada mereka untuk di selesaikan dan bayaran tertentu.

Untuk menjadi mahir dan berkebolehan dalan sesuatu urusniaga tertentu, mereka perlulah mempunyai ilmu terhadap barangan yang diurusniagakan serta bijak mempengaruhi penjual dan pembeli. Sikap dan tanggungjawab yang di tonjolkan akan mempengaruhi setiap urusniaga yang di buat. Personal skill serta komunikasi adalah keutamaan dalam membentuk diri menjadi perantara yang berjaya.

Monday, August 30, 2010

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil.

Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya. Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.
2. Tiada Pelan Pemasaran Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.
3. Tidak mengenali pelanggan anda Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.
4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.
5. Tidak peduli tentang kakitangan Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!
6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.
7. Tiada pelan penjualan. Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.
8. Penyendiri Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.
9. Tiada ‘Mastermind’ Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor!
Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.
Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka.
Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.
10. Berputus Asa Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan.

Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.
http://usahawanbumiputera.com/

Saturday, August 28, 2010

Perkhidmatan diri

Berkhidmat mungkin dianggap sebagai pekerja dalam organisasi. Tapi jika diperhalusi, ia juga perlu di bayar. Perkhidmatan adalah kerja yang perlu dibayar samada sebagai pekerja atau perkhidmatan.

Jika sebagai pekerja maka gaji serta elaun mereka bolehlah dianggap sebagai kos dan belanja yang diperlukan untuk mendapatkan khidmat mereka. Tetapi jika perkhidmatan luar maka ianya akan dikira setiap kali perkhidmatan tersebut digunakan.

Perkhidmatan juga sebagai satu perniagaan yang penting pada masa sekarang antaranya perkhidmatan penghantaran, catering, kawalan keselamatan dan penyelidikan.

Contact dalam perniagaan

Kekadang kemahiran dan kepandaian kita berniaga diukur melalui sejauh mana kita mempunyai hubungan dan contact dengan orang-orang besar, penting dan berpengaruh. Lebih ramai contact kita di kalangan mereka maka lebih berhargalah kita dan lebih senanglah kita menguruskan perniagaan kita.

Contact amat penting dalam perniagaan kerana situasi dan keadaan perniagaan sekarang lebih terdorong kepada keuntungan segera, pengaruh kerajaan dan hanya mereka yang tertentu sahaja boleh membuat keputusan. Mereka juga boleh menentukan arah tuju sesuatu organisasi tersebut dalam pembangunan negara.

Perniagaan seperti ini sebenarnya banyak dipengaruhi dengan situasi politik tempatan. Jika kita ingin bersaing untuk mendapatkan sokongan dari mereka yang berkuasa sebenarnya kita hendaklah mempunyai orang mereka di kalangan kita. Ini amat penting kerana mereka tidak akan menyokong kita jika mereka tidak mendapat faedah daripada keputusan yang mereka buat.

Mereka juga ingin tanpa segan silu mahu kita menyumbang dalam karier mereka serta menjadi proxi mereka pada saru-satu masa. Apakah penghujungnya.........

Tuesday, July 27, 2010

Mendidik diri sendiri

Untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman kita perlu mendidik diri sendiri. Mungkin ramai orang yang terlepas pandang dengan kebolehan diri sendiri.

Sebenarnya kita boleh mengajar dan mendidik diri sendiri. Kita berkebolehan untuk mempertingkatkan diri dengan kaedah memperbaiki diri. Sebenarnya kitalah yang paling mengenali diri kita sendiri. Orang hanya boleh memerhatikan luaran kita sahaja dan membuat andaian yang berbagai mengenai diri kita tetapi kebanyakkan andaian tersebut tidak benar atau tidak tepat.

Apa kelemahan dan kekuatan kita sebenarnya perlulah diperincikan sehingga kepada kelakuan dan tabiat diri kita sendiri. Kelakuan dan tabiat sangat mempengaruhi tindakan dan pemikiran kita dalam menghadapi kehidupan harian kita.

Kita boleh mengubah diri dengan menanamkan semangkat dan azam yang kuat untuk berubah. Kita juga boleh menjanjikan kepada diri sendiri mengenai sesuatu perkara. dan kita juga boleh rasa kecewa serta mengubati diri kita semula.

Fahamilah diri kita sendiri serta binalah kekuatan dalaman yang boleh membentuk sasiah diri kita yang lebih baik dan berani menghadapi sebarang cabaran.

Kos berniaga kecil-kecilan

Mungkin berniaga kecil-kecilan suatu yang menguntungkan. Setiap perniagaan perlulah diambil perhatian tetntang kosnya. Jika kita hanya menumpukan kepada satu perniagaan sahaja tanpa melakukan kerja yang mempunyai pendapatan yang tetap maka ia amat membimbangkan.

Ini adalah disebabkan kita melakukan perniagaan yang menggunakan kos yang tinggi. Kita terlepas pandang dengan kos pekerja iaitu gajai pekerja yang terlibat dalam usaha menjalankan perniagaan tersebut.

Walaupun kita mendapat sedikit keuntungan selepas hasil jualan ditolak dengan belian bahan mentah tetapi cukupkah lebihan tersebut untuk dibayar kos gaji mereka yang terlibat.

Peluang bukan untuk kita

Sememangnya peluang akan datang semasa kita belum atau tidak bersedia. Semua orang boleh merebut peluang di depan mata tetapi bersediakah kita pada waktu tersebut.

Kita sebagai usahawan bukan hanya memikirkan peluang sahaja tetapi keupayaan diri sendiri dan pasukan perlulah sentiasa diberi keutamaan dan perhatian yang khusus. Bersediakah kita untuk berjuang merebut peluang serta memperjuangkannya sehingga berjaya iaitu mendapat keuntungan. Bolehkah kita mengekalkan kejayaan tersebut untuk suatu tempoh masa yang lama.

Jika belum bersedia maka perlulah menyiapkan diri sewajarnya. Bersedia dan berlatih serta mengumpul modal adalah suatu langkah yang bijak sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Jangan hanya menjadi peniaga yang mengikut arah angin dan hangat-hangat tahit ayam.

Wednesday, June 2, 2010

Tips perniagaan semasa.

Sabar dan terus berusaha dengan perancangan yang baik dan matlamat yang jelas akan memastikan kita berada di landasan yang betul.

Kawal diri dan perniagaan yang diusahakan sebelum ianya tidak boleh dikawal.

Bersikap telus, amanah dan bertanggungjawab terhadap usaha dan perniagaan yang dilaksanakan akan memudahkan kita menyelesaikan banyak kekusutan dan kesukaran berniaga di samping dapat mengelakkan dari menimbulkan masalah baru.

Rebutlah peluang tetapi pilihlah yang terbaik dan sesuai dengan keupayaan dan kebolehan kita sebelum ianya menjadi ancaman dan barah kepada perniagaan yang kita usahakan.

Jangan terlalu gopoh dengan keputusan serta sombong dengan keupayaan dan kebolehan yang akan kerana setiap perkara akan mengalami pusingan dan naik turunnya dalam tempoh tertentu.

Bantulah dan sokonglah perniagaan dan usahawan lain kerana setiap orang itu mempunyai peluang dan rezeki mereka sendiri dan jangan bersikap terlalu mengawal atau monopoli terhadap sesuatu perkara.

Kawallah perbelanjaan mengikut keperluan dan elakkan dari bermewah-mewah dan membazir kerana setiap kebocoran itu jika tidak diperbaiki akan menjadi semakin besar dan parah.

Ambil tahulah dan jagailah hak pekerja dan orang yang berkaitan dengan perniagaan dan organisasi yang kita dipertanggungjawabkan. Jangan sesekali menyalah guna kuasa yang kita ada keran kuasa itu jugalah yang akan memakan diri kita kemudian nanti.

Pemerhatian dan pengalaman penulis selama berkecimpung dalam dunia organisasi yang berlandaskan perniagaan.

Berniaga di pasaran tepu

Jika terlalu banyak penawaran dan kurang permintaan maka ekonomi akan mengalami kemelesetan disebabkan pasaran yang menjadi semakin tepu.

Ini disebabkan kurangnya keupayaan membeli oleh pelanggan atau penawaran yang keterlaluan masuk ke dalam pasaran atau barangan tersebut sudah kurang menarik minat pembeli.

Banyak faktor lain juga perlu diperhalusi semasa membuat analisa pasaran terhadap barangan yang sedang berada di pasaran. Keupayaan pusingan perniagaan dalam pasaran juga merupakan faktor yang penting dan perlu dipertimbangkan sewajarnya. Jika kurang wang berada dalam pasaran maka ia akan mempengaruhi keupayaan membeli atau permintaan terhadap barangan yang ditawarkan.

Teknologi juga sentiasa mempengaruhi mutu barangan serta kos pembuatan barangan tersebut. Jika mutu dan kosnya semakin meningkat maka akan mempengaruhi kenaikkan harga barangan tersebut tetapi jika mutunya meningkat dan kosnya dapat diturunkan maka 'economy of scale' barangan tersebut lebih mudah diterima pelanggan.

Oleh itu kajilah pasaran yang ada sebelum memulakan perniagaan baru kerana mungkin kita akan menambah kesesakkan dalam pasaran dan akhirnya menyebabkan kita sukar untuk mendapat pulangan terhadap pelaburan yang di buat.

Pilih perniagaan yang mempunyai potensi pasaran yang berjangka panjang dengan pelaburan yang tidak terlalu tingga serta mempunyai risiko kerugian dan kegagalan yang kurang.

Friday, May 21, 2010

Pertanian suatu perniagaan

Bidang pertanian merupakan asas kepada sumber ekonomi seseorang dan negara. Ia juga merupakan keperluan asas kepada kehidupan kita seharian. Ini disebabkan ia adalah bahan makanan kepada semua kehidupan di dunia dan negara.

Keperluan asas ini jika diusahakan secara intensif dan dibuat secara komersial maka akan menjadi pendapatan kapada kita kerana ia boleh diniagakan kepada orang lain dengan mendapat keuntungan jika dalam kuantiti yang banyak

Permintaan kepada keperluan asas ini sangatlah tinggi kerana tidak semua orang atau negara mengusahakan pertanian sebagai pekerjaan utama mereka. Tetapi walau apa pun pekerjaan mereka, mereka akan tetap memerlukan bahan makanan sebagai keperluan asas mereka secara berterusan.

Perdagangan adalah bentuk aktiviti ekonomi yang berlandaskan pertukaran barangan di antara dua pihak yang bermotifkan keperluan masing-masing. Jika terdapat penawaran barangan dan permintaan terhadap barangan tersebut maka akan berlakukan pertukaran keinginan dan keperluan untuk kepuasan masing-masing.

Perniagaan adalah bermotifkan keuntungan dalam penawaran dan permintaan barangan tersebut. Keuntungan bolehlah diistilahkan sebagai memenuhi kepuasan masing-masing.

Sistem pertukaran barangan tidak lagi sesuai dan telah ditukar dengan wang yang diterima oleh semua pihak dengan mempunyai nilai tertentu yang terlindung dan dipelihara.

Pertanian suatu perniagaan telah lama dilaksanakan secara meluas tetapi dalam kuantiti yang besar oleh mereka yang mengusahakan ladang atau ternak secara besar-besaran.

Sekarang petani, penternak, peladang dan nelayan juga diseru mengekploitasikan bidang yang diusahakan supaya mempunyai kelebihan dan dapat membekalkan atau menjualkan kepada pihak lain dengan mendapat keuntungan darinya. Usaha yang perlu dilakukan cuma lebih sedikit daripada biasa samada bekerja lebih untuk mendapat lebih hasil atau menambah nilai kepada barangan yang ada supaya mempunyai nilai komersial dan mendapat permintaan dari orang ketiga.

Banyak barangan baru yang berada di pasaran disebabkan kreativiti dan inovasi pengusaha dan usahawan yang akhirnya mendapat permintaan yang tinggi dari pengguna.

Business Plan

Tajuk Projek
Nama Syarikat/Pengusaha
Ringkasan Eksekutif
Pengenalan
-tujuan plan perniagaan dan projek
Latar Belakang Projek
-syarikat dan projek
Pasaran dan Ekonomi
-analisa pasaran dan plan pemasaran
Kewangan
-penyata kewangan dan untung rugi
-aliran kewangan dan sumber modal
-titik pulang modal
-jadual bayaran balik pinjaman
Organisasi dan Pengurusan
-struktur/carta organisasi
-sumber manusia
-strategi pengurusan sumber manusia
Penilaian/Pemantauan
Justifikasi
Penutup

Sunday, April 11, 2010

Pelanggan

Berbagai kerenah pelanggan yang terpaksa dihadapi oleh peniaga. Ini adalah disebabkan peniaga tidak mempunyai pilihan kerana itulah punca pendapatan mereka.

Pelanggan mempunyai cita rasa yang berlainan antara satu sama lain. Mereka juga mempunyai kehendak yang pelbagai serta kemahuan yang tiada limit.

Disebabkan mereka adalah pelanggan maka peniaga terpaksa menghadapinya dengan penuh mesra dan bertanggungjawab.

Tuesday, March 23, 2010

Membina jati diri dan kemahiran

Terdapat banyak cara untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk menjadi seorang usahawan. Pengalaman yang diperolehi melalui kerja tidak lengkap jika kita tidak memahami konsep sebenar keusahawanan atau dunia perniagaan.

Berkerja adalah untuk mendapatkan upah dan gaji yang telah ditetapkan tetapi berniaga perlu mengeluarkan modal, buah fikiran, tenaga dan segala kepandaian untuk mencapai kejayaan yang boleh menghasilkan keuntungan dan kekayaan pada masa kehadapan. Tempoh kejayaannya yang akan dicapai juga sangat samar.

Pengorbanan yang besar dari bakal usahawan atau peniaga tersebut amatlah dituntut. Erti pengorbanan tersebut perlu difahami, dihayati dan dipupuk sebaik mungkin untuk membina jati diri serta meningkatkan ilmu kemahiran yang disokong dengan pengalaman yang ada untuk membina perniagaan sendiri. Jika berjaya maka semakin kuatlah dugaannya untuk kekal dalam persaingan tetapi jika mengalami kegagalan maka musnahkan segala harapan yang dibina dan dicita-citakan. Ada sesetengah kegagalan membawa kepada kejayaan yang lebih besar tetapi ada juga kegagalan memusnahkan segalanya. Berniaga adalah seperti berjudi kerana perlu mengeluarkan modal untuk bermain sedangkan kemenangannya penuh dengan tipu muslihat.

Tetapi sebagai muslim kita telah dididik bahawa 9/10 punca kesenangan adalah dari sumber berniaga. Berniaga atau menjadi usahawan memerlukan kepada perancangan yang rapi. Ini termasuklah mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan sebaik-baiknya lakukan perniagaan mengikut kemahiran dan pengalaman yang kita ada. Ukur baju badan sendiri. Selidik dan buat kajian sebelum memulakan perniagaan. Risiko yang bakal ditempuhi boleh dikurangkan dengan membuat perancangan perniagaan yang baik serta dapat menambah keyakinan usahawan tersebut.

Bersedia menghadapi kegagalan atau kejayaan adalah unggapan yang lapuk bagi usahawan sekarang. Usahawan sebenarnya perlulah menghadapi segala cabaran dan dugaan demi survival perniagaan mereka. Tiada istilah berputus asa atau lemah semangat kerana setelah memasuki dunia perniagaan maka mereka perlulah menghadapi dan mengatasi risikonya sebelum berjaya. Masa berkerja juga akan bertambah sebagaimana bertambahnya tekanan dan komitmennya.

Sunday, March 21, 2010

Kursus dan seminar

Banyak peluang perniagaan terhidang di hadapan kita cuma creativity kita sahaja di perlukan untuk menjadikan ianya reality. Ada kesatuan yang menganjurkan seminar dan kursus tapi dalam masa yang sama sedang berniaga dengan peserta. Mereka meminta sumbangan pihak-pihak tertentu tetapi tetap mengenakan caj kepada peserta. Disamping itu turut mengsubkan kursus tersebut kepada pihak lain. Peserta yang terdesak dan mengharapkan peluang serta menimba ilmu tidak memikirkan perkara tersebut dan ianya sebenarnya membantu peserta tersebut menambahkan ilmu serta peluang untuk berniaga.

Jika pihak tertentu ingin mengaut keuntungan daripada peruntukkan kerajaan kepada rakyat maka perlulah difikirkan cara yang terbaik untuk melaksanakan agenda tersebut. Jangan cuba merencatkan usaha murni kerajaan untuk membina rakyat yang berdaya saing dalam dunia perniagaan walau dalam apa sektor sekalipun. Mereka sepatutnya lebih bersikap membantu dan bukannya mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan.

Monday, March 15, 2010

Keutamaan kepada pelanggan

Perniagaan memerlukan pelanggan untuk terus kekal dan berjaya dalam pasaran atau persaingan atau perniagaan. Perniagaan kecil seperti menjual makanan dan kedai runcit memerlukan pelanggan yang sama setiap hari untuk menjalankan urusniaga. Jika pelanggan semakin berkurangan maka berkemungkinan perniagaan tersebut terpaksa ditutup kerana tiada lagi pelanggan yang datang membeli di situ atau pelanggan yang ada tidak cukup untuk menampung urusniaga kedai tersebut.

Oleh itu amat penting bagi peniaga-peniaga ini untuk terus mengekalkan pelanggan yang ada serta dalam masa yang sama menarik perhatian pelanggan baru untuk datang berurusniaga dengan mereka demi memajukan perniagaan mereka. Bagaimana untuk mengekalkan dan menarik perhatian pelanggan untuk berurusniaga dengan mereka adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian dan dipertingkatkan pengetahuan oleh peniaga tersebut.

Empat perkara asas diperlukan oleh setiap peniaga dalam setiap urusniaga iaitu menentukan barangan yang sesuai untuk dijual, menetapkan harga yang boleh di terima pelanggan dan menguntungkan perniagaan mereka, tempat berniaga yang senang dikunjugi oleh pelanggan dan usaha menarik perhatian pelanggan tersebut. Jika perkara asas tersebut dapat difahami dan diperincikan serta diambil perhatian oleh peniaga tersebut maka perniagaan mereka akan berada dalam landasan yang betul. Perniagaan mereka juga boleh bersaing dan diterima pelanggan dalam jangkamasa yang lebih lama. Walaubagaimanapun usaha tersebut hendaklah berterusan untuk mengekalkan pelanggan yang ada disamping menarik perhatian pelanggan baru.

Satu kesilapan yang diluar kawalan peniaga atau pekerja mereka yang sering ulangi adalah menyakiti hati pelanggan. Pelanggan juga sangat sensitif dengan perkhidmatan yang diberikan kerana mereka berasa mempunyai hak untuk membuat pilihan dan keputusan kerana mereka yang membayar barangan dan perkhidmatan tersebut. Mereka boleh menukar ke tempat baru jika tidak menyukai perkhidmatan kedai tersebut bila-bila masa tanpa notis.

Thursday, March 11, 2010

Cabaran perniagaan kecil

Kepuasan peniaga adalah apabila perniagaan diterima pelanggan dan mendapat keuntungan daripada perniagaan tersebut. Perniagaan memerlukan komitmen yang tinggi kerana segala usaha perlu ditumpukan dengan mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit. Jika tidak matlamat yang ditetapkan akan sukar untuk dicapai malah akan mengakibatkan kerugian pula.

Dalam Islam sendiri, 9 daripada 10 punca rezeki adalah perniagaan. Perniagaan sebenarnya adalah luas skopnya iaitu meliputi aktiviti ekonomi yang boleh membangunkan negara. Selain sebagai peniaga, kita yang bekerja juga tergolong dalam sebahagian daripada aktiviti berniaga. Tetapi kita hanya sebagai pekerja yang mengusahakan perniagaan orang lain yang membayar gaji kita iaitu orang yang mengeluarkan modal kepada perniagaan tersebut. Jika perniagaan tersebut maju dan berjaya maka kita jugalah yang akan mendapat sedikit sebanyak faedahnya selain pengalaman berniaga.

Berniaga secara kecil-kecilan yang tidak menggunakan lesen perniagaan merupakan sebahagian daripada tradisi kaum Melayu. Mereka akan berniaga apa yang menjadi kepandaian dan kelebihan mereka di kawasan atau tempat tinggal mereka. Kebiasaannya mereka tidak kekal lama kerana akan bersaing dengan jiran yang menjual barangan yang sama setelah mendapat peluang berniaga melalui pemerhatikan tersebut. Modal juga menjadi penghalang kepada mereka untuk kekal lama dalam perniagaan.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6910467.asp

Friday, March 5, 2010

Membina diri sebagai usahawan

Kita dapat membina diri sebagai usahawan melalui kebolehan dan kepandaian, pengalaman dan pemerhatian, bekerja dan pendidikan. Tidak semua orang boleh menjadi usahawan dan tidak semua usahawan akan berjaya. Ramai juga yang terlah berjaya tetapi masih gagal mengekalkannya.

Ramai orang ingin menjadi usahawan tetapi tidak mempunyai ciri-ciri usahawan seperti berusaha keras, pandai mencari peluang, bersikap inovasi dan kreatif serta tabah dan berdaya saing. Sifat-sifat ini perlu ada pada diri usahawan ini kerana dialah peneraju kepada usahanya itu.

Ramai juga usahawan yang gagal semasa mengusahakan perniagaan kerana tidak mempunyai kebolehan mentadbir dan mengurus perniagaan, mencari dan mengembangkan pasaran, menguruskan kakitangan, menguruskan kewangan dan mengawal selia pengeluaran. Ilmu perniagaan amat penting kepada usahawan untuk menguruskan sesebuah organisasi perniagaan.

Usahawan juga akan gagal jika tidak mempunyai kebolehan untuk bersaing dalam pasaran atau tidak dapat bertahan di dalam pasaran. Pesaing juga mempunyai strategy tertentu dalam merebut pelanggan yang sama dan usahawan perlu tahu apa kehendak dan keperluan pelanggan atau pengguna, bagaimana untuk mengekalkan pelanggan sedia ada serta menarik minat pelanggan baru dari berbagai sudut dan cara. Pembekal juga memainkan peranan kepada usahawan untuk mendapatkan bekalan sumber yang berterusan, rendah harga serta berkualiti kerana ia akan mempengaruhi harga dan kualiti barangan tersebut.

Sebagai usahawan yang hendak berjaya pada peringkat yang tinggi maka persediaan dari segi kemahiran, pengetahuan dan pengalaman perlulah cukup dan sentiasa diperbaiki dan ditambah nilai sesuai dengan kecepatan pertumbuhan ekonomi dan teknologi pada masa kini.

Monday, March 1, 2010

Matlamat usahawan

Usahawan adalah pengusaha yang mengambil risiko untuk berniaga dengan melaburkan modal demi kejayaan dan keuntungan di masa depan. Ciri-ciri utama yang perlu ada bagi usahawan adalah bijak mengambil peluang, menganalisa dan merancang perniagaan, berani mengambil risiko, tabah menghadapi dugaan, bijak membuat keputusan, berinovasi, kreatif dan mempunyai perancangan yang strategik dalam sebarang tindakan serta mempunyai ilmu pengurusan dan perniagaan. Usahawan tahu apa yang mereka buat dan menetapkan arah matlamatnya. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, pengusaha itu perlu mempunyai cita-cita yang besar iaitu menetapkan visi iaitu arah tuju dan misi iaitu cara bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut dengan objektif-objektif tertentu yang sesuai bagi membantu usaha tersebut disamping perancangan yang bertepatan dan jelas.

Sunday, February 28, 2010

Membuka kedai/pasar mini

Untuk memulakan sesuatu perniagaan kita hendaklah membuat perancangan dari segi apa yang hendak diniagakan, bagaimana untuk memulakan, dimana, siapa yang akan menguruskannya dan siapa pelanggannya. Perkara tersebut adalah peringkat idea dan kita hendaklah menghubungkannya dengan untung ruginya atau baik buruknya perniagaan tersebut. 4P's boleh dijadikan asas iaitu apa produknya, macamana harganya, bagaimana penerimaan pelanggan dan dimana tempatnya. Pelanggan adalah keutamaan dalam perniagaan dan pembekal pula adakah penyokong kepada kita kerana jika kita berjaya maka mereka juga akan berjaya.

Secara asasnya jika kita mempunyai keupayaan dari segi modal, tenaga kerja, tempat niaga dan pelanggan maka kita sudah melepasi tahap idea. Kita sudah boleh menyediakan tempat dan merancang bagaimana operasi atau aktiviti perniagaan kita. Tuan punya perniagaan memainkan perana utama bagaimana membentuk dan mencorakkan perniagaan tersebut. Neliau bertanggungjawab menyediakan bentuk kedai, mengambil pekerja dan menyediakan sistem adan aturan yang akan dilaksanakan di situ.

Sebagai contoh, jenis perniagaan adalah penting untuk disesuaikan dengan sesuatu tempat kerana seperti taman perumahan kedai runcit yang bersifat pasar mini sangatlah sesuai. Aktiviti di kawasan perumahan kos rendah adalah kekeluargaan iaitu para surirumah akan membeli sendiri apa keperluan dapur mereka sebelum memasaknya. Jika semua keperluan tersebut dapat diadakan oleh sesebuah kedai dengan kualiti dan harga yang sesuai maka disitulah mereka akan membeli. Perkhidmatannya juga hendaklah berlandaskan kepada permintaan surirumah tersebut. Disamping itu jualan dalam kuantiti banyak juga bolehlah diatur untuk mendapatkan tambahan jualan seperti untuk kenduri dan majlis. Mungkin harganya boleh didiskaunkan atau penghantaran disediakan.

Dalam perniagaan setiap perkara itu hendaklah dikira tetapi pihak pengurus pula perlulah bijak untuk mengatur perkhidmatan tersebut samada ia berbentuk promosi atau jualan biasa.

Friday, February 26, 2010

Lesukah usahawan Melayu

Kenapa perlu lesu dalam suasana pemulihan ekonomi yang berlaku sekarang. Setiap masa peluang sentiasa wujud hanya kesempatan yang perlu diambil oleh para usahawan. MECD sememangnya sudah tiada kerana lain padang lain belalangnya. Ada strategi yang kerajaan atur yang masih kelabu di pandangan para usahawan. Tetapi kementerian dan jabatan tertentu masih berfungsi seperti biasa dan apa bezanya. Jika peruntukan tidak cukup atau tidak ada mungkin disebabkan telah dikecilkan atau penghutang terdahulu masih belum membayarnya semula dan dalam kata lain tabung sudah kosong. Salah siapa?

Kebanyakan peruntukan telah dialihkan kepada keperluan lain yang sedang digerakkan yang mungkin sebelumnya tidak difikirkan. Oleh itu jangan berharap sesuatu akan kekal selamanya kerana setiap orang adan kepentingan dan keutamaannya sendiri dalam membuat keputusan. Berfikirlah sebelum bertindak dan bertindaklah setelah difikirkan yang terbaik tetapi keputusannya mungkin bukan untuk kita. Sentiasa ada pilihan dalam kehidupan untuk terus bersaing dalam kehidupan. Kehidupan itu samalah seperti kehidupan perlu berusaha dan kecerdikan untuk terus hidup dan bersaing sehingga memejamkan mata.

Gula - apa sebenarnya

Betulkah gula dinaikkan harga disebabkan untuk mengelakkan rakyat daripada dijangkiti kencing manis. Jika benar begitu, murni sungguh hasrat kerajaan. Dengan 20sen ini dapatkah kencing manis dihapuskan atau dikurangkan. Apa yang pasti ianya tidak memberi kesan kepada rakyat yang berpendapatan kerana mereka masih mampu untuk membelinya. Tetapi kesannya adalah kepada peniaga. Mereka akan mengambil kesempatan untuk menaikan harga jualan masakan mereka secara tidak langsung. Bagaimana kerajaan mampu mengawalnya sedangkan kerajaan hanya memberi alasan dan tidak mempunyai keupayaan untuk mengambil sebarang tindakan. Jika diperhatikan keseluruhannya berkemungkinan harga gula akan terus naik kerana masih terdapat harapan dan mainan dari pihak pengilang, pembekal, penghantaran, pemborong dan peruncit. Kerajaan sepatutnya tidak berpolitik dalam mengawal dan menyelia barangan keperluan asas rakyat. Harga rokok terus naik tapi rakyat terus menghisap rokok termasuklah remaja. Di mana pendirian sebenar kerajaan mengenainya. Tidakkah rokok juga menyebabkan penyakit kepada rakyat malah sama parahnya dengan penyakit lain.

Peniaga perlu fikirkan peluang yang ada dari segi aspek perniagaan dan etikanya juga perlu di ambil kira dengan sebaiknya. Mengambil peluang atau bersekongkol adalah berbeza dan perlu dibezakan.

Friday, February 12, 2010

Siapa usahawan

Usahawan bukan sahaja bergantung kepada nasib tetapi juga seorang yang berusaha melalui tindakan dan fikiran serta merancang untuk mengelakkan kegagalan dan berjaya.

Beliau bukan sahaja dilahirkan sebagai seorang usahawan tetapi boleh ditunjuk ajar menjadi usahawan yang berjaya. Melalui ilmu dan pengetahuan menjadikan mereka lebih berdaya saing serta bijak untuk berjaya dalam persaingan.

Mereka juga boleh berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan. Kejayaan usahawan bergantung kepada keseluruhan faktor yang ada antaranya pengalaman, ilmu pengetahuan, kebijaksanaan, keberanian, sikap, nasib, sokongan, masa, tempat dan pekerjanya. Tetapi ia tidak tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Sumber kewangan, nasib, perancangan, pengalaman dan ilmu pengetahuan memainkan peranan utama mempengaruhi kejayaan usahawan menghadapi risiko untuk mencapai keuntungan.

Usahawan dan keusahawanan

Pengusaha atau usahawan adalah mereka yang bertanggungjawab membina dan melaksanakan sesuatu perniagaan dengan titik peluh dan usaha mereka. Mereka adalah individu yang mengurus, menyelenggara dan menjangkakan risiko dalam perniagaan. Ia juga individu yang mewujudkan perniagaan baru yang berhadapan dengan ketidaktentuan untuk mencapai dan mendapatkan keuntungan dan kemajuan melalui peluang yang wujud dengan sumber yang tersedia. Usahawan juga adalah individu yang menguruskan aktiviti ekonomi disamping menghadapi risiko perniagaan untuk mencapai keuntungan dan kejayaan.

Keusahawanan adalah proses mendapatkan peluang untuk diusahakan dalam keadaan berisiko. Ia juga proses mewujudkan sesuatu yang baru yang lebih bernilai dengan masa dan keupayaan yang ada melalui sumber kewangan dan tenaga untuk melahirkan keuntungan, kepuasan dan mencapai matlamat yang ditetapkan serta kebebasan.

Usahawan perlulah bermotivasi, yakin, bertanggungjawab dan bijak di samping mempunyai sikap yang positif, bermaklumat, sanggup mengambil risiko, mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang kuat dan sentiasa bersedia dan sihat.

Mempunyai ilmu dan pengetahuan dalam undang-undang dan peraturan, pengurusan, ekonomi, akaun, perniagaan, nilai dan budaya termasuk pengurusan projek.

Mereka juga mestilah mempunyai skil membuat keputusan, menyelesaikan masalah, perbincangan, perhubungan, kreatif, kerja dalam kumpulan, pengurusan dan skil teknikal.

Visi dan misi ditetapkan dengan perancangan yang baik dan mempunyai strategi tertentu dalam mencapai kejayaan.

Thursday, February 4, 2010

Merancang memulakan perniagaan

Usahawan perlu merancang untuk berniaga. Ini dapat mengelakkan kesilapan memilih peluang serta dapat menyusun strategi yang betul dan sesuai. Ramai usahawan memulakan perniagaan secara tergesa-gesa tanpa ada perancangan perniagaan. Usahawan perlu tahu ilmu pengurusan perniagaan dalam pelbagai bidang seperti pengurusan, pemasaran dan perakaunan. Di samping itu usahawan juga perlu menyediakan 'business plan' dan 'marketing plan'.

'Business Plan' dapat digunakan untuk rujukan semasa pembentangan dan panduan bagaimana operasi perniagaan tersebut dilaksanakan serta menyakinkan mereka yang berminat terhadap perniagaan tersebut.

'Marketing Plan' sangat penting untuk menterjemahkan 'product, price, promotion dan location' sebagaimana dilaksanakan serta mengenalpasti bentuk perniagaan, pelanggan, pesaing serta pembekal dan perundangan yang bersangkutan.

IT, inovasi dan kreativiti dapat membentuk serta menyesuaikan barangan berpandukan kepada permintaan pasaran atau menarik minat pasaran dan bersaing.

Tuesday, February 2, 2010

Cipta peluang perniagaan

Mencipta peluang perniagaan daripada peluang yang kita ada. Mungkin ia sesuatu yang pelik. Tetapi perniagaan secara 'franchise' lebih menguntungkan daripada kita mengusahakan kesemua perniagaan tersebut.

Jika memberi peluang kepada orang lain menggunakan jenama kita dengan syarat-syarat tertentu maka perniagaan kita cepat berkembang dan kita akan mendapat keuntungan segera dan berterusan. Kita hanya perlu menyediakan keperluan dan promosi untuk membantu peniaga tersebut dengan bayaran 'package' tertentu. Peniaga tersebut akan mengusahakan sendiri perniagaan mereka dengan sokongan kita. Kita akan memastikan mereka berjaya kerana nama baik jenama kita serta keuntungan berterusan yang boleh dijana. Kedua-dua belah pihak akan mendapat faedah dan kebaikkan dari perniagaan tersebut.

Selain itu, kita boleh merebut peluang untuk membuka perniagaan seperti 'bazaar' atau 'food centre'. Kemudian kita menyewakan sebahagian dari lot tersebut kepada peniaga lain. Atau kita membangunkan satu kawasan dengan mewujudkan kerjasama serta peluang perniagaan kepada pengusaha lain dan kita mendapatkan keuntungan daripadanya secara berterusan.

Monday, February 1, 2010

Memulakan perniagaan tanpa modal

Memulakan perniagaan tanpa modal bukannya sesuatu yang mustahil malah satu langkah yang amat bijak. Kenapa kita perlu berhutang sebelum memulakan perniagaan atau sebelum mendapat pulangan perniagaan.

Tiga cadangan memulakan perniagaan tanpa pinjaman bank.

a) Memulakan perniagaan dari rumah.
Ia dapat menjimatkan dan mengurangkan sewaan pejabat, bayaran deposit untuk bekalan letrik, bekalan air, sambungan telepon dan kemudahan internet, tiada penggunaan minyak untuk ke pejabat dan tidak perlu pengubahsuian dan kelengkapan pejabat.
Bekerja di rumah memerlukan disiplin dan kekuatan serta kesungguhan untuk berusaha mencari dan mendapatkan peluang.

b) Memilih peluang perniagaan yang tidak memerlukan wang sebagai modal.
Perlu kepada kajian dan pemerhatian terhadap pasaran dan kesesuaian.

c) Mendapatkan dari sumber dan peruntukkan yang disediakan seperti pembekal, kerajaan dan mengelakkan menyimpan stok. Jual dan menyediakan barangan yang pelanggan gunakan atau membuat pesanan melalui pesanan pelanggan.

Mengurangkan atau menghapuskan cost operasi dapat meningkatkan pendapatan pada peringkat permulaan perniagaan.

Thursday, January 28, 2010

Jenis perniagaan dalam keusahawanan Islam

a) Safekeeping (Wadiah)
b) Profit sharing (Mudharabah)
c) Joint venture (Musyarakah)
d) Cost plus (Murabahah)
e) Deferred payment sale (Bai' Bithaman Ajil)
f) Agency (Wakalah)
g) Benevolent loan (Qardhul Hassan)
h) Hire purchase (Ijarah Thumma Al Bai)
i) Sale and buy back agreement (Bai' Al Inah)
j) Gifts (Hibah)

Wednesday, January 27, 2010

Idea dan peluang untuk berniaga

Berniaga adalah perkara yang senang difikirkan tetapi ia amat sukar untuk dilaksanakan terutamanya untuk mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu keuntungan dan kepuasan, Ia bermula dengan idea perniagaan atau peluang. Idea perniagaan atau peluang ini perlu dibuat kajian samada sesuai atau tidak dengan kehendak, keupayaan dan kebolehan usahawan itu. Ia juga perlu dianalisa dari sudut operasinya, kewangannya, pengurusannya, pemasarannya, permintaannya, persaingannya dan halangan-halangan yang berkemungkinan berlaku pada masa depan. Tempoh masa juga perlu diambil kira untuk mengelakkan kerugian yang tidak nyata. Keupayaan seseorang usahawan itu menilai sesuatu idea atau peluang itu juga menunjukkan keupayaannya mengendalikan perniagaan tersebut untuk berjaya. Ia juga memperlihatkan kemahiran usahawan tersebut terhadap perniagaanya. Jika beliau berasa kurang yakin atau pengetahuan maka beliau perlu mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau untuk mengelakkan kegagalan semasa melaksanakannya. Jika tidak berminat atau tidak berkeupayaan maka tinggalkanlah idea tersebut. Mungkin usahawan lain lebih berkemampuan atau lebih sesuai dengan perniagaan itu.

Laksanakan projek atau perniagaan yang kita mempunyai kebolehan dan kemahiran yang tinggi terhadapnya. Sentiasa meningkatkan kemahiran dan minat terhadap perniagaan yang kita akan laksanakan. Jika kita mempuanyai keyakinan yang tinggi terhadap projek atau perniagaan kita setelah dibuat analisa maka segeralah menyiapkan utuk memulakan perniagaan tersebut. Usahawan selalunya mempunyai keunikan tersendiri melalui inovasi dan kreativiti yang tinggi disamping rancangan strategi untuk berjaya dalam persaingan dan pasaran.

Tuesday, January 26, 2010

Peluang dan ancaman

Bagaimana peluang dan ancaman dikenalpasti. Ia ada disekeliling kita samada kita sedari atau tidak. Setiap peluang itu tidak sama kualitinya. Ada ancaman menjadi peluang kepada orang lain dan sebaliknya. Bagaimana kita menilai sesuatu itu adalah peluang bagi kita dan sesuai dengan kehendak dan kemahuan kita terutamanya dengan kebolehan kita memanipulasi peluang tersebut menjadi sesuatu yang menguntungkan kita. Pengalaman dan ilmu pengetahuan memainkan peranan utama untuk kita merebut peluang kita tersebut dan melaksanakannya dengan ilmu usahawan dan pengurusan yang kita ada. Lebih kita berilmu maka kurang risiko kegagalan kita.

Peluang juga perlu dianalisa terlebih dahulu samada ia menguntungkan bagi jangka masa panjang atau pendek dan sesuai dengan perancangan dan strategi yang kita ada dan gunakan. Di samping itu setiap peluang dan perniagaan itu mempunyai ancamannya sendiri dan berkaitan. Ia juga perlu dianalisa dan dikenalpasti untuk mengetahui kesannya kepada perniagaan kita. Adakah kesannya akan dapat diatasi dengan kekuatan dan peluang yang kita ada atau tidak. Jika semuanya memberi kesan positif dan menguntungkan maka bolehlah diteruskan.

Usahawan atau peniaga yang bijak adalah mereka yang telah menghitung dan tahu risiko sesuatu perniagaan itu sebelum ianya dilaksanakan.

Kekuatan dan kelemahan

Kita perlulah muhasabah diri dengan menilai kekuatan dan kelemahan kita. Ini dapat dibuat dengan menyenaraikan apa yang kita ada samada diri kita atau organisasi kita untuk memulakan perniagaan. Selepas itu kita hendaklah menyenaraikan kelemahan yang ada kepada kita dan organisasi kita. Ia hendaklah dibuat dengan betul supaya mendapat keputusan yang tepat. Bolehkah kekuatan tersebut mengatasi kelemahan yang ada. Bagaimana kekuatan tersebut dapat mengatasi kelemahan itu. Adakah kelemahan tersebut dapat diatasi dan dikawal. Jika perkara tersebut berlaku maka bolehlah kita memikirkan untuk berniaga.

Ciri-ciri usahawan hendaklah difahami dan dihayati sebelum dilaksanakan dengan pemahaman yang betul dan berterusan. Perniagaan seperti suatu kehidupan, ia tidak boleh mati kerana jika ia mati maka tamatlah riwayatnya.

Monday, January 25, 2010

Ciri-ciri Seorang Yang Ingin Berjaya

Mempunyai rasa tanggungjawab dan sudi menerima tanggungjawab
Kesudian belajar dari keputusan dan dari maklumbalas
Berorentasikan perancangan
Bersahabat dengan orang-orang yang boleh membantu
Menggunakan waktu untuk kerja-kerja yang berfaedah atau konstruktif
Memberi peluang kepada mereka yang patut menerimanya bukan hanya kepada sahabat mahupun keluarga
Meminta nasihat dari pakar-pakar atau orang yang berpengalaman
Bekerja bersama dengan objektif yang jelas

Sebab kegagalan perniagaan kecil

Kekurangan modal pusingan
Kekurangan pengetahuan tentang hasil-hasil dan pemasaran (bekalan dan permintaan)
Anggaran kos yang tidak sempurna (mark-up)
Penyelarasan atau kawalan yang lemah (mengawal selia)
Pemilihan hasil-hasil yang tidak baik (barangan semua jenis)
Kekurangan langkah pembaharuan
Pengawalan perbelanjaan yang kacau (belanjawan)
Sistem menyimpan rekod yang tidak sempurna
Kekurangan dorongan bagi pekerja (motivasi pekerja)
Pemilihan tempat perniagaan
Bukan kemampuan dan bidang kita

Petunjuk untuk kejayaan

Pentingkan kejayaan dari keseronokan
Pelajari sesuatu yang baru setiap hari
Bebaskan diri dari kerja-kerja rutin
Pusatkan perhatian kepada keuntungan bersih
Umumkan dengan meluas perkhidmatan anda
Jangan risau tentang hal remeh temeh
Buat keputusan dengan cepat
Tambah kemahiran dan teknik
Buat kerjasama dan bentuk kesetiaan
Pentingkan perwatakan orang lain

Usahawan Muslim

Ciri-ciri utama
- Beriman serta mementingakan ibadah
- Sentiasa melandaskan 'Amal' (kerja-kerja yang berkaitan dengan spiritual), 'Kasab' (perniagaan, pertanian dan sebagainya) dan 'Sun'a' (pembuatan) kerana Allah S.W.T.
- Bhihanika (berbagai) usaha Eka (satu) matlamat
- Berorentasikan keberkatan
- Menitikberatkan mutu dalam 'amal, kasab dan sun'a'
- Kesungguhan dan iltizam dalam 'amal, kasab dan sun'a'
- Sentiasa berusaha ke arah pencapaian yang terbaik
- Amanah
- Sentiasa berdo'a
- Bertawakkal
- Sabar
- Qana'ah (berpada dengan keupayaan yang ada) dan himmah (tidak menyalahkan orang lain)
- Dermawan
- Berdisiplin dan bersistematik
- sanggup berkorban di jalan Allah

Etika Usahawan Muslim
- Membenteras sikap malas, melenyapkan perasaan takut, mencari perusahaan yang halal, menghindar sumber yang haram, mensyukuri hasil yang diperolehi, memperkembangkan modal dan keuntungan, mempelbagaikan sektor usaha, menjauhi sifat tamak, tidak boros, tidak bakhil, mengeluarkan sebahagian harta yang ditentukan syara', tidak riak dan tidak 'ujub

Usahawan

Seseorang yang kreatif, inovatif, berilmu dan berkemahiran dalam bidang pengurusan dan bermoral untuk berniaga dan bersaing dalam perniagaan. Beliau hendaklah berdaya saing, berdaya maju meningkatkan pengeluaran, mengurangkan risiko, memberi peluang pekerjaan dan perniagaan serta akan mendapat pulangan samada kepuasan atau kewangan.

Etika usahawan - bijaksana, ehsan, syukur, tawakal, amanah, rahman dan iman.