Terdapat banyak cara untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk menjadi seorang usahawan. Pengalaman yang diperolehi melalui kerja tidak lengkap jika kita tidak memahami konsep sebenar keusahawanan atau dunia perniagaan.
Berkerja adalah untuk mendapatkan upah dan gaji yang telah ditetapkan tetapi berniaga perlu mengeluarkan modal, buah fikiran, tenaga dan segala kepandaian untuk mencapai kejayaan yang boleh menghasilkan keuntungan dan kekayaan pada masa kehadapan. Tempoh kejayaannya yang akan dicapai juga sangat samar.
Pengorbanan yang besar dari bakal usahawan atau peniaga tersebut amatlah dituntut. Erti pengorbanan tersebut perlu difahami, dihayati dan dipupuk sebaik mungkin untuk membina jati diri serta meningkatkan ilmu kemahiran yang disokong dengan pengalaman yang ada untuk membina perniagaan sendiri. Jika berjaya maka semakin kuatlah dugaannya untuk kekal dalam persaingan tetapi jika mengalami kegagalan maka musnahkan segala harapan yang dibina dan dicita-citakan. Ada sesetengah kegagalan membawa kepada kejayaan yang lebih besar tetapi ada juga kegagalan memusnahkan segalanya. Berniaga adalah seperti berjudi kerana perlu mengeluarkan modal untuk bermain sedangkan kemenangannya penuh dengan tipu muslihat.
Tetapi sebagai muslim kita telah dididik bahawa 9/10 punca kesenangan adalah dari sumber berniaga. Berniaga atau menjadi usahawan memerlukan kepada perancangan yang rapi. Ini termasuklah mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan sebaik-baiknya lakukan perniagaan mengikut kemahiran dan pengalaman yang kita ada. Ukur baju badan sendiri. Selidik dan buat kajian sebelum memulakan perniagaan. Risiko yang bakal ditempuhi boleh dikurangkan dengan membuat perancangan perniagaan yang baik serta dapat menambah keyakinan usahawan tersebut.
Bersedia menghadapi kegagalan atau kejayaan adalah unggapan yang lapuk bagi usahawan sekarang. Usahawan sebenarnya perlulah menghadapi segala cabaran dan dugaan demi survival perniagaan mereka. Tiada istilah berputus asa atau lemah semangat kerana setelah memasuki dunia perniagaan maka mereka perlulah menghadapi dan mengatasi risikonya sebelum berjaya. Masa berkerja juga akan bertambah sebagaimana bertambahnya tekanan dan komitmennya.
Pengajaran Banjir
15 years ago