Pengusaha atau usahawan adalah mereka yang bertanggungjawab membina dan melaksanakan sesuatu perniagaan dengan titik peluh dan usaha mereka. Mereka adalah individu yang mengurus, menyelenggara dan menjangkakan risiko dalam perniagaan. Ia juga individu yang mewujudkan perniagaan baru yang berhadapan dengan ketidaktentuan untuk mencapai dan mendapatkan keuntungan dan kemajuan melalui peluang yang wujud dengan sumber yang tersedia. Usahawan juga adalah individu yang menguruskan aktiviti ekonomi disamping menghadapi risiko perniagaan untuk mencapai keuntungan dan kejayaan.
Keusahawanan adalah proses mendapatkan peluang untuk diusahakan dalam keadaan berisiko. Ia juga proses mewujudkan sesuatu yang baru yang lebih bernilai dengan masa dan keupayaan yang ada melalui sumber kewangan dan tenaga untuk melahirkan keuntungan, kepuasan dan mencapai matlamat yang ditetapkan serta kebebasan.
Usahawan perlulah bermotivasi, yakin, bertanggungjawab dan bijak di samping mempunyai sikap yang positif, bermaklumat, sanggup mengambil risiko, mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang kuat dan sentiasa bersedia dan sihat.
Mempunyai ilmu dan pengetahuan dalam undang-undang dan peraturan, pengurusan, ekonomi, akaun, perniagaan, nilai dan budaya termasuk pengurusan projek.
Mereka juga mestilah mempunyai skil membuat keputusan, menyelesaikan masalah, perbincangan, perhubungan, kreatif, kerja dalam kumpulan, pengurusan dan skil teknikal.
Visi dan misi ditetapkan dengan perancangan yang baik dan mempunyai strategi tertentu dalam mencapai kejayaan.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment