Untuk memulakan sesuatu perniagaan kita hendaklah membuat perancangan dari segi apa yang hendak diniagakan, bagaimana untuk memulakan, dimana, siapa yang akan menguruskannya dan siapa pelanggannya. Perkara tersebut adalah peringkat idea dan kita hendaklah menghubungkannya dengan untung ruginya atau baik buruknya perniagaan tersebut. 4P's boleh dijadikan asas iaitu apa produknya, macamana harganya, bagaimana penerimaan pelanggan dan dimana tempatnya. Pelanggan adalah keutamaan dalam perniagaan dan pembekal pula adakah penyokong kepada kita kerana jika kita berjaya maka mereka juga akan berjaya.
Secara asasnya jika kita mempunyai keupayaan dari segi modal, tenaga kerja, tempat niaga dan pelanggan maka kita sudah melepasi tahap idea. Kita sudah boleh menyediakan tempat dan merancang bagaimana operasi atau aktiviti perniagaan kita. Tuan punya perniagaan memainkan perana utama bagaimana membentuk dan mencorakkan perniagaan tersebut. Neliau bertanggungjawab menyediakan bentuk kedai, mengambil pekerja dan menyediakan sistem adan aturan yang akan dilaksanakan di situ.
Sebagai contoh, jenis perniagaan adalah penting untuk disesuaikan dengan sesuatu tempat kerana seperti taman perumahan kedai runcit yang bersifat pasar mini sangatlah sesuai. Aktiviti di kawasan perumahan kos rendah adalah kekeluargaan iaitu para surirumah akan membeli sendiri apa keperluan dapur mereka sebelum memasaknya. Jika semua keperluan tersebut dapat diadakan oleh sesebuah kedai dengan kualiti dan harga yang sesuai maka disitulah mereka akan membeli. Perkhidmatannya juga hendaklah berlandaskan kepada permintaan surirumah tersebut. Disamping itu jualan dalam kuantiti banyak juga bolehlah diatur untuk mendapatkan tambahan jualan seperti untuk kenduri dan majlis. Mungkin harganya boleh didiskaunkan atau penghantaran disediakan.
Dalam perniagaan setiap perkara itu hendaklah dikira tetapi pihak pengurus pula perlulah bijak untuk mengatur perkhidmatan tersebut samada ia berbentuk promosi atau jualan biasa.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment