Kepuasan peniaga adalah apabila perniagaan diterima pelanggan dan mendapat keuntungan daripada perniagaan tersebut. Perniagaan memerlukan komitmen yang tinggi kerana segala usaha perlu ditumpukan dengan mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit. Jika tidak matlamat yang ditetapkan akan sukar untuk dicapai malah akan mengakibatkan kerugian pula.
Dalam Islam sendiri, 9 daripada 10 punca rezeki adalah perniagaan. Perniagaan sebenarnya adalah luas skopnya iaitu meliputi aktiviti ekonomi yang boleh membangunkan negara. Selain sebagai peniaga, kita yang bekerja juga tergolong dalam sebahagian daripada aktiviti berniaga. Tetapi kita hanya sebagai pekerja yang mengusahakan perniagaan orang lain yang membayar gaji kita iaitu orang yang mengeluarkan modal kepada perniagaan tersebut. Jika perniagaan tersebut maju dan berjaya maka kita jugalah yang akan mendapat sedikit sebanyak faedahnya selain pengalaman berniaga.
Berniaga secara kecil-kecilan yang tidak menggunakan lesen perniagaan merupakan sebahagian daripada tradisi kaum Melayu. Mereka akan berniaga apa yang menjadi kepandaian dan kelebihan mereka di kawasan atau tempat tinggal mereka. Kebiasaannya mereka tidak kekal lama kerana akan bersaing dengan jiran yang menjual barangan yang sama setelah mendapat peluang berniaga melalui pemerhatikan tersebut. Modal juga menjadi penghalang kepada mereka untuk kekal lama dalam perniagaan.
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6910467.asp
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment