Perniagaan memerlukan pelanggan untuk terus kekal dan berjaya dalam pasaran atau persaingan atau perniagaan. Perniagaan kecil seperti menjual makanan dan kedai runcit memerlukan pelanggan yang sama setiap hari untuk menjalankan urusniaga. Jika pelanggan semakin berkurangan maka berkemungkinan perniagaan tersebut terpaksa ditutup kerana tiada lagi pelanggan yang datang membeli di situ atau pelanggan yang ada tidak cukup untuk menampung urusniaga kedai tersebut.
Oleh itu amat penting bagi peniaga-peniaga ini untuk terus mengekalkan pelanggan yang ada serta dalam masa yang sama menarik perhatian pelanggan baru untuk datang berurusniaga dengan mereka demi memajukan perniagaan mereka. Bagaimana untuk mengekalkan dan menarik perhatian pelanggan untuk berurusniaga dengan mereka adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian dan dipertingkatkan pengetahuan oleh peniaga tersebut.
Empat perkara asas diperlukan oleh setiap peniaga dalam setiap urusniaga iaitu menentukan barangan yang sesuai untuk dijual, menetapkan harga yang boleh di terima pelanggan dan menguntungkan perniagaan mereka, tempat berniaga yang senang dikunjugi oleh pelanggan dan usaha menarik perhatian pelanggan tersebut. Jika perkara asas tersebut dapat difahami dan diperincikan serta diambil perhatian oleh peniaga tersebut maka perniagaan mereka akan berada dalam landasan yang betul. Perniagaan mereka juga boleh bersaing dan diterima pelanggan dalam jangkamasa yang lebih lama. Walaubagaimanapun usaha tersebut hendaklah berterusan untuk mengekalkan pelanggan yang ada disamping menarik perhatian pelanggan baru.
Satu kesilapan yang diluar kawalan peniaga atau pekerja mereka yang sering ulangi adalah menyakiti hati pelanggan. Pelanggan juga sangat sensitif dengan perkhidmatan yang diberikan kerana mereka berasa mempunyai hak untuk membuat pilihan dan keputusan kerana mereka yang membayar barangan dan perkhidmatan tersebut. Mereka boleh menukar ke tempat baru jika tidak menyukai perkhidmatan kedai tersebut bila-bila masa tanpa notis.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment