Kita dapat membina diri sebagai usahawan melalui kebolehan dan kepandaian, pengalaman dan pemerhatian, bekerja dan pendidikan. Tidak semua orang boleh menjadi usahawan dan tidak semua usahawan akan berjaya. Ramai juga yang terlah berjaya tetapi masih gagal mengekalkannya.
Ramai orang ingin menjadi usahawan tetapi tidak mempunyai ciri-ciri usahawan seperti berusaha keras, pandai mencari peluang, bersikap inovasi dan kreatif serta tabah dan berdaya saing. Sifat-sifat ini perlu ada pada diri usahawan ini kerana dialah peneraju kepada usahanya itu.
Ramai juga usahawan yang gagal semasa mengusahakan perniagaan kerana tidak mempunyai kebolehan mentadbir dan mengurus perniagaan, mencari dan mengembangkan pasaran, menguruskan kakitangan, menguruskan kewangan dan mengawal selia pengeluaran. Ilmu perniagaan amat penting kepada usahawan untuk menguruskan sesebuah organisasi perniagaan.
Usahawan juga akan gagal jika tidak mempunyai kebolehan untuk bersaing dalam pasaran atau tidak dapat bertahan di dalam pasaran. Pesaing juga mempunyai strategy tertentu dalam merebut pelanggan yang sama dan usahawan perlu tahu apa kehendak dan keperluan pelanggan atau pengguna, bagaimana untuk mengekalkan pelanggan sedia ada serta menarik minat pelanggan baru dari berbagai sudut dan cara. Pembekal juga memainkan peranan kepada usahawan untuk mendapatkan bekalan sumber yang berterusan, rendah harga serta berkualiti kerana ia akan mempengaruhi harga dan kualiti barangan tersebut.
Sebagai usahawan yang hendak berjaya pada peringkat yang tinggi maka persediaan dari segi kemahiran, pengetahuan dan pengalaman perlulah cukup dan sentiasa diperbaiki dan ditambah nilai sesuai dengan kecepatan pertumbuhan ekonomi dan teknologi pada masa kini.
Pengajaran Banjir
15 years ago
No comments:
Post a Comment